(SCAM) Multi Level Marketing MLM VGMC!, HATI-HATI (News)

user posted image

Tak sudah-sudah kerjanya menipu orang. Masih ingatkah lagi artikel tentang pembongkaran scam island red cafe malaysia. Sebelum itu terima kasih diucapkan kepada penghantar emel antivirgingold yang telah berkongsi maklumat terbaru ini. Yang saya kasihankan di sini golongan pelajar yang kabur mata bila mendengar janji manis untuk cepat kaya. Nak tahu kisah selanjutnya?

Setelah LifeStyle World Card telah gagal dalam cubaan sebelum ini (dalam pada masa yang sama ramai yang telah menjadi mangsa), pengarah Lifestyle World Card Mohamed Nordin telah mempromosi SCAM TERBARU : Virgin Gold Mining, dengan beraninya menggunakan nama Bank Negara dan Islam. Di bawah ini adalah contoh penyataan dan ayat-ayat yang digunakan oleh Mohamed Nordin untuk mempromosikan scam Virgin Gold Mining dan meyakinkan bentuk perniagaan yang sedang mereka jalankan sekarang kepada para prospeknya.

* Kononnya : Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai.
* Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah

Ini adalah salah satu blog kepunyaan Mohamed Nordin : http://malaysiagold.blogspot.com
Referal ID Mohamed Nordin ialah invest2me, yang telah melabur di Virgin Gold Mining :http://www.goldenswat.com/invest2me

Bank Negara dan Securities Commission Malaysia (SC) menyatakan bahawa Virgin Gold Mining adalah didapati mirip dengan Swisscash dan mereka akan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat sama dalam yang mempromosi skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining, terutamanya leader yang telah blacklist dalam swisscash. Sekarang, mereka telah senarai hitam Virgin Gold Mining dalam Alert List (klik gambar) untuk paparan yang lebih jelas).

Berita Penuh : Berita Semasa(SCAM) Multi Level Marketing MLM VGMC!, HATI-HATI (News)

Comments

Deepak Ramji said…
If anyone would like to know about VGMC and the investment plan that they offer you could always email me at deepak@vgmail.com for us to discuss further without any obligation to become a shareholder.

Jika sesiapa ingin tahu mengenai VGMC dan pelan pelaburan yang mereka tawarkan anda boleh emel saya di deepak@vgmail.com supaya saya boleh terangkan dengan lebih teliti pelan VGMC tanpa apa-apa kewajipan untuk menjadi para pemegang saham

THANK YOU…

Popular posts from this blog

RinggitPlus is a Scam Site Now for Credit Card Application

HUAWEI S7-701U Gr8 ACTIVATION CODE BYPASS OR FIRMWARE 100%

9 Common Phrases Parents Should Put To Rest (And What To Say Instead)